BM | EN | 中文

Permohonan lucut hak wang Badan Perhubungan UMNO Johor, Selangor didengar Julai

UMNO.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 21 dan 27 Julai ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak wang RM677,872.55 milik Badan Perhubungan UMNO Johor dan RM2,738,525.08 milik Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kedua-dua badan parti politik tersebut didakwa berkaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim memberitahu mahkamah tiada pihak ketiga hadir bagi menuntut wang tersebut hari ini.

Advertisement

“Pihak pendakwaan telah mewartakan notis bagi kehadiran pihak ketiga yang berkepentingan, iaitu 7 April bagi Badan Perhubungan UMNO Johor dan 28 April lalu bagi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa pada tarikh-tarikh tersebut, jadi pendengaran notis untuk kehadiran pihak ketiga ditetapkan hari ini. Bagaimanapun tiada pihak ketiga hadir hari ini.

“Oleh itu, saya mohon mahkamah untuk menetapkan tarikh bicara bagi kedua-dua kes tersebut,” katanya.

Advertisement

Hakim Muhammad Jamil juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan dalam masa dua minggu.

Peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor manakala peguam R. Hanita mewakili Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top