BM | EN | 中文

Permohonan ke IPT sesi akademik 2020/2021 guna sistem portal tunggal UPUOnline – KPT

upu-online-KPT.jpg

SIMPANG RENGGAM, 20 OGOS: Permohonan pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pengajian ke universiti awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) mulai sesi akademik 2020/2021 akan melalui satu portal tunggal, iaitu UPUOnline.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pelajar hanya akan membuat satu permohonan untuk melanjutkan pengajian ke program asasi, matrikulasi, diploma, sarjana muda dan sijil.

“Ini memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mendapat tempat dalam melanjutkan pengajian di samping memaksimumkan penempatan pelajar ke dalam program pengajian pilihan mereka,” menurut jawapan bertulis KPT di Dewan Rakyat.

Terdahulu, ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dalam soalannya meminta KPT menyatakan sama ada inisiatif “Single Window Single Offer” yang dilancarkan pada tahun ini berjaya mencapai objektif.

Dr Maszlee berkata, sistem itu bagi mengelak pertindihan tawaran kemasukan ke Matrikulasi, Asasi serta Institut Pendidikan Guru dan sekiranya dasar itu diteruskan dengan mengambil kira status kementerian telah dipecah dua kepada KPT dan Kementerian Pendidikan.

Justeru itu KPT berkata, “Single Window Single Offer” yang dilaksanakan pada sesi akademik 2020/2021 telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mengelak pertindihan tawaran kemasukan ke IPTA, Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan ILKA.

“Dasar ini boleh diteruskan untuk meningkatkan akses ke pendidikan tinggi selaras dengan prinsip pendidikan adalah untuk semua,” tambah kenyataan KPT.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top