BM | EN | 中文

PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA JOHOR SESI OGOS 2019 DIBUKA

INSENTIF-HARAPAN-SISWA.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 OGOS: Anak Johor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) ataupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih, dan menepati syarat am permohonan dipelawa untuk memohon Insentif Harapan Siswa (IHS) hingga 21 Ogos ini.

Bantuan RM500 kepada pelajar diploma dan RM1,000 untuk pelajar ijazah sarjana muda tersebut disediakan untuk pelajar tahun satu yang berkelayakan.

Dalam satu kemaskini di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata bantuan ini khas untuk pelajar dari golongan sasar, yang datang dari keluarga dengan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, ataupun RM5,000 ke bawah bagi isi rumah dengan jumlah tanggungan melebihi lima orang.

Advertisement

Ia bagaimanapun hanya untuk mereka yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa.

Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian, tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi lain, selain tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Antara dokumen yang wajib dikemukakan bersama permohonan adalah:

Advertisement

– Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA

– Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)

– Salinan Kad Pengenalan Pelajar

Advertisement

– Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga

– Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)

– Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

Advertisement

– Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

– Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Advertisement

Sebarang maklumat berhubung permohonan boleh diperolehi melalui pautan berikut

Insentif IHS akan disalurkan menerusi Yayasan Pelajaran Johor dibawah ‘Insentif Harapan Siswa’, yang juga merupakan manifesto Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum ke-14 yang lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top