BM | EN | 中文

PERMOHONAN BELI RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR DI KLUANG DIBUKA

sukj-perumahan-rmbj-kluang-mengkibol.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Permohonan bagi pembelian Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) di Taman Mengkibol, Kluang (Fasa 3) telah dibuka bermula hari ini sehingga 5 Mac 2020.

Rumah yang ditawarkan adalah dari projek Fasa 3, berjumlah 122 unit rumah teres dua tingkat dalam kategori C pada harga RM150,000 dengan keluasan 1,062 kaki persegi.

Justeru itu, kepada rakyat Johor yang berminat untuk memohon boleh mengetahui cara membuat permohonan dan pendaftaran melalui laman e.rumah.johor.gov.my.

Advertisement

Pemohon juga boleh membuat semakan permohonan melalui laman yang sama.

Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020 Nov lalu, kerajaan negeri memaklumkan kini dalam proses membina 16,865 unit rumah mampu biaya Johor (RMMJ) yang dijangka siap pada tahun 2020 hingga 2023.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sebanyak 7,623 unit rumah RMMJ telah siap dibina dari tahun 2018 hingga 2019.

Advertisement

Antaranya, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan membina sebanyak 64 unit RMMJ jenis C dan 142 unit RMMJ jenis D di daerah Kulai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top