BM | EN | 中文

PERMIT KEMPEN UNTUK ELAK PERTEMBUNGAN PARTI

IMG-20191113-WA0025.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 13 NOV : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengekalkan syarat permohonan permit kempen pilihanraya seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din menegaskan keperluan permit kempen rumah ke rumah adalah untuk memudahkan urusan pemantauan kempen pilihanraya dijalankan.

Advertisement

Katanya, permit itu juga adalah untuk mengelakkan pertembungan antara parti yang bertanding bagi tujuan keselamatan.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas beberapa insiden berlaku, kami telah melakukan beberapa penambahan di bawah Seksyen 14.

“Peruntukan Seksyen 14 ialah Ketua Polis Daerah boleh menambah syarat permohonan bagi aspek keselamatan untuk aspek keselamatan.

Advertisement

“Syarat permohonan yang diletakkan supaya kami dimaklumkan tempat dan masa setiap kempen yang dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Tambah Mohd Kamaruddin lagi, permit kempen adalah berdasarkan peruntukan undang-undang pilihanraya di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR)1954.

Dalam pada itu, memberitahu, setakat ini polis telah mengeluarkan sebanyak 562 permit bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Advertisement

“Ia membabitkan sebanyak 124 permit untuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) sebanyak 304 permit, Gerakan pula 115 permit, Berjasa lapan permit dan selebihnya untuk calon Bebas,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top