BM | EN | 中文

PERMINTAAN MUSANG KING DARI CHINA CECAH 1000 METRIK TAN SEBULAN, KATA SALAHUDDIN

musangking.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 SEPT: Permintaan durian Musang King dari pasaran China begitu menggalakkan dimana permintaan terkini berada di sekitar dari 1000 metrik tan sebulan, menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Justeru, beliau berkata kementeriannya akan terus memberikan insentif dan galakan kepada pemain industri dan pekebun kecil bagi meningkatkan jumlah pengeluaran buah-buahan tempatan tersebut bagi menampung permintaan dari China.

“Tiga hari lepas, semasa di Wuhan, kita lancarkan Musang King ini dan sambutannya sangat baik. Jadi, saya nampak masa depan industri durian kita yang berkembang dan kita akan pastikan kita akan terus tembusi pasaran China.

Advertisement

“Cuma satu saya berpesan kepada semua pemain industri supaya memenuhi kriteria dan protokol yang ditetapkan kerajaan China. Semua syarikat yang mengeksport durian ini perlu mendapatkan sijil MyGAP (Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia),” katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Salahuddin turut berkata bahawa pengeluaran Musang King kini lebih banyak tertumpu di Bentong dan Raub di Pahang, Segamat di Johor serta Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah di Kelantan,

Beliau turut mensasarkan peningkatan eksport sebanyak 50 peratus lagi buah tersebut ke China yang diharapnya dapat dicapai dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Advertisement

“Selain China, Musang King turut disasar dieksport ke Singapura dan Los Angeles di Amerika Syarikat yang terdapat kawasan ‘Little China’ di situ,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top