BM | EN | 中文

Permintaan gula halus stabil meskipun sekatan pergerakan penuh – MSM

msm-gula-johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Permintaan terhadap gula halus kekal stabil meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Ketiga (PKP 3.0) dan lanjutan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd Syed Feizal Syed Mohammad.

Bagaimanapun, katanya, permintaan terhadap gula halus hanya akan meningkat seiring dengan program vaksinasi nasional.

‘Kita telah melalui dua sekatan pergerakan penuh dan kami mendapati penggunaan gula kekal stabil: katanya pada sesi soal jawab media secara maya bersempena dengan mesyuarat agung tahunan ke•10 pengeluar gula nasional itu, hari ini.

Advertisement

Syed Feizal berkata bagi bahagian operasinya, penambahan kapasiti di MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor) akan dioptinnumkan sepenuhnya untuk menampung permintaan pasaran tempatan dan eksport.

“Dengan penambahan kapasiti untuk menghasilkan produk tokokan nilai, seperti gula cair, pracampuran dan sirap, MSM Johor telah meluaskan pasaran eksport kumpulan dengan berkembang ke pasaran serantau berpotensi seperti China, Indonesia, Vietnam dan New Zealand.

“Selain itu, penutupan sementara operasi di MSM Johor dari April hingga Mei tahun ini berikutan kerja-kerja pembaikan dandang yang dirancang, telahpun berakhir,” katanya.

Advertisement

Justeru, MSM Johor berada di landasan untuk mencapai sasaran peningkatan pengeluaran sehingga lebih daripada 50 peratus penggunaan kapasiti pada suku ketiga tahun ini,” kata Syed Feizal.

Mengenai hasil MSM daripada pasaran antarabangsa, Ketua Pegawai Kewangannya Ab Aziz Ismail berkata 30 peratus daripada hasil syarikat diperoleh daripada pasaran luar negara.

‘Kami menyasar meningkatkan sumbangan hasil flu kepada 50 peratus, namun is bergantung kepada kadar penggunaan kilang MSM,” katanya.

Advertisement

Pada Mei tahun ini, MSM melancarkan pelan hala tuju strategik tiga tahunnya (BP21) dengan sasaran untuk mengoptimumkan kos dan menyepadukan operasi hiliran menjelang 2023.

BP21 itu jugs dijangka meningkatkan kadar penggunaan kilang penapisnya di Johor kepada lebih daripada 50 peratus tahun ini.

Kilang penapis di Johor itu ketika ini beroperasi pada kadar penggunaan antara 27 peratus dan 30 peratus manakala kilang di Pulau Pinang beroperasi pada kira-kira 75 peratus.

Advertisement

MSM adalah unit 51 peratus milik FGV Holdings Bhd, syarikat pertanian dan komoditi pertanian global.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top