BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR ZIARAH KELUARGA SHAH DANIEL

69259529_2363362770585436_1793127371243520000_n.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga kanak-kanak pesakit kanser, Muhammad Shah Daniel Abd Rashid, yang meninggal malam semalam.

Shah Daniel, kanak-kanak lelaki berusia setahun 10 bulan, menghidap kanser rhabdomyosarcoma, sejenis kanser otot yang menyebabkan ketumbuhan di muka, meninggal dunia malam tadi di Wad Kanak-Kanak Hospital Mersing.

Raja Zarith Sofiah tiba di Tanah Perkuburan Islam Mersing, Taman Sri Pantai pada jam 11 pagi, dan turut menyiram air serta menabur bunga di kubur arwah Shah Daniel.

Advertisement

Baginda bersama ibu arwah, Nurul Shahira Mat Zaizait, 24 , keluarga, serta penduduk setempat berangkat ke Masjid Taman Sri Bayu, Mersing untuk majlis bacaan Yassin dan tahlil.

Keadaan Shah Daniel mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, yang kemudian memaklumkan keadaan menimpa kanak-kanak tersebut kepada Raja Zarith Sofiah untuk melihat keadaan Shah Daniel.

Raja Zarith Sofiah sebelum ini berpeluang meluangkan masa melihat keadaan arwah Shah Daniel sewaktu Kembara Mahkota Johor, Julai lalu.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top