BM | EN | 中文

Permaisuri Johor yakin pemberian komputer lancarkan proses pembelajaran

Permaisuri-Johor-yakin-pelajar-terima-komputer-riba-manfaat-kurniaan-Yayasan-Zarith-Sofiah.jpg

Gambar Ehsan The Royal Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 MAC: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima-penerima bantuan komputer riba yang merupakan golongan pelajar dapat memanfaatkan kurniaan berkenaan sebaik mungkin.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook The Royal Johor hari ini, baginda amat prihatin berkenaan isu-isu dan cabaran semasa pendidikan termasuk proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Saya amat berharap kurniaan komputer riba ini dapat membantu melancarkan proses pembelajaran baik di rumah mahu pun di sekolah demi meraih kecemerlangan akademik untuk masa depan yang lebih cerah,” titah Permaisuri Johor, dipetik dari laman Royal Press Office (RPO).

Advertisement

Baginda juga amat memahami cabaran ekonomi semasa serta beban yang ditanggung golongan ibu bapa dengan memgurniakan komputer riba kepada pelajar berpotensi tinggi daripada keluarga B40 yang tersenarai di dalam Senarai E-Kasih Daerah Johor Bahru.

Pada 3 Februari lalu, pemberian fasa pertama dimulakan dan sebanyak 53 komputer riba diedarkan kepada penerima.

Menurutnya, pelajar yang disenaraipendek hasil perbincangan bersama pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah Johor Bahru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Advertisement

Manakala fasa kedua penyerahan komputer riba memanfaatkan 100 penerima daripada daerah Johor Bahru dimulakan pada 24 Februari lalu, melibatkan pelajar Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim, SMK Taman Tun Aminah, SMK Dato’ Penggawa Timur, SMK Taman Universiti 1 dan juga beberapa sekolah lain di daerah Johor Bahru.

“Pihak Yayasan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan kepada YTL Corporation Berhad, Bidari Kekal Sdn Bhd, Sunway Iskandar Puteri, SAJ Ranhill Berhad serta para penyumbang lain yang telah bersama-sama menyumbang bagi menjayakan usaha murni ini demi memastikan kelancaran proses pembelajaran para penerima di waktu penularan pandemik Covid 19 ini,’ menurut kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top