BM | EN | 中文

Permaisuri Johor titah persembahan sempena ulang tahun keputeraan disumbang kepada barisan hadapan

sultanah-johor.jpg

Gambar Ehsan FB The Royal Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OGOS: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-62, Sabtu ini.

Titah baginda, adalah lebih bermakna jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik COVID-19, terutamanya kakitangan perubatan.

“Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.

Advertisement

“Oleh itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa,” titah Tuanku Permaisuri, dipetik dari laman Royal Press Office (RPO), hari ini.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top