BM | EN | 中文

Raja Zarith Sofiah berkenan terima mengadap Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru yang baharu

konsul.jpg

Kunjungan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru yang baharu terhadap Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Istana Bukit Serene.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menerima mengadap Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru yang baharu, Jeevan Singh di Istana Bukit Serene, di sini semalam.

Kunjungan itu dimuat naik ke dalam laman Facebook rasminya, The Royal Johor.

Sebagai makluman, Jeevan Singh menggantikan jawatan Rajpal Singh yang kembali bertugas di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Singapura.

Advertisement

Beliau memulakan tugas tersebut secara rasminya pada Disember tahun lalu.

Turut hadir, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Dr Noor Azizah Abdul Latiff.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top