BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR TEMU PELAJAR MALAYSIA DI UK

IMG-20191111-WA0000.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 11 NOV : Permaisuri Johor; Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan semasa pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian mereka di luar negara.

Ini berikutan, Baginda Permaisuri Johor berkenan mengadakan pertemuan bersama enam pelajar dalam satu majlis santapan ringan di London, Jumaat lepas.

Advertisement

Kesemua pelajar itu merupakan penerima bantuan kewangan daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Pelajar-pelajar itu berkenaan berasal dari Johor, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur serta Sabah dan sedang mengikuti pengajian masing-masing dalam pelbagai peringkat dan di antara mereka yang sudah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana.

Pada pertemuan itu, Permaisuri Johor sempat bertanyakan bagaimana Yayasan berkenaan boleh membantu pelajar-pelajar Malaysia di universiti tempatan serta luar negara, malah murid-murid di sekolah rendah dan menengah.

Advertisement

“Saya merasakan penting untuk kita mendengar pandangan disampaikan mereka, kemungkinan cabaran yang dilalui mereka ketika belajar di luar negara berbeza dari Malaysia.

“Mereka memberikan idea berdasarkan pengalaman masing-masing ketika sedang mengikuti pengajian di United Kingdom (UK).

“Sebagai contoh amalan ‘Sains Skype’ serta khidmat pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan England bagi membantu pelajar sekolah menengah,” titah Baginda.

Advertisement

Permaisuri Johor juga bertitah, Baginda amat teruja dengan kebijaksanaan pelajar-pelajar berkenaan di mana kepakaran serta kebolehan mereka amat penting untuk masa depan negara.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top