BM | EN | 中文

Permaisuri Johor sampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, golongan asnaf

zarith-sofiah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 FEB: Seramai 100 golongan asnaf dan ibu tunggal di daerah Batu Pahat menerima sumbangan daripada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, semalam.

Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda pada jam 2 petang disambut Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas dan Pengerusi Puspanita, Datin Dr Noor Azizah Abdul Latiff.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik Facebook The Royal Johor, ia dianjurkan bersempena majlis tazkirah bulanan Puspanita bertajuk “Ujian atau musibah Novel Coronavirus” yang berlangsung di kediaman rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, hari ini.

Advertisement

Permaisuri Johor turut berkenan mendengar tazkirah disampaikan Kadi Daerah Batu Pahat, Dzulkafli Mohamed.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top