BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR RASMI MAJLIS SANTAPAN DIRAJA UTM 2019

IMG-20191008-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT : Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan merasmikan Majlis Santapan DiRaja Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kelmarin.

Sebanyak RM1.34 juta dana telah berjaya dikumpul hasil penjualan 90 buah meja pada majlis tersebut.

Dana ini akan disalurkan kepada pelbagai tabung kebajikan pelajar di UTM.

Advertisement

Terdahulu, Yayasan Azman Hashim telah menyumbang sebanyak RM5 juta, Johor Port menyumbang sebanyak RM3 juta.

Manakala, Astaka Padu Sdn Bhd dan Kota Prasarana masing-masing sebanyak RM1 juta bagi tabung kebajikan pelajar UTM.

Pada majlis berkenaan, Raja Zarith Sofiah turut berkenan melancarkan “UTM Alumni Privilege Card” serta pra-penjualan nombor plat khas UTM1 hingga UTM9999.

Advertisement

Dalam pada itu, Permaisuri Johor bertitah, Baginda amat terharu dengan sokongan, keperihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat korporat, individu, alumni, staf dan pelajar UTM dalam membantu pihak universiti menjayakan agenda akademia.

“Dengan sumbangan-sumbangan ini, ahli akademik mahu pun pelajar dapat melakukan pelbagai aktiviti kesarjanaan tanpa perlu bimbang akan bebanan kos, seterusnya membantu merancakkan sektor pendidikan dan penyelidikan di negara ini.

“Sebagai timbal balas, aktiviti kesarjanaan yang dilaksanakan pula seharusnya memberi manfaat secara langsung kepada pihak industri,” titah Baginda.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top