BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR RAIKAN GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN SEMPENA DEEPAVALI

raja-zarith-sofea-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OKT : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Keprihatinan Sempena Deepavali 2019 di Hotel Holiday Villa, di sini, Ahad lepas.

Majlis anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia itu meraikan lebih 300 keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan sempena perayaan itu yang bakal disambut tidak lama lagi.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim.

Advertisement

Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga serta kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top