BM | EN | 中文

Permaisuri Johor pengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Program Bangsa Johor Bahagia

permaisuri-johor-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Program Bangsa Johor Bahagia yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini semalam.

Royal Press Office dalam satu kenyataan memberitahu, Program Bangsa Johor Bahagia itu bertujuan untuk mewujudkan kawasan kediaman yang lestari.

“Tujuan program ini adalah untuk membendung masalah sosial dalam kalangan generasi muda, di samping membentuk masyarakat yang proaktif.

Advertisement

“Kejayaan program itu dapat dilihat melalui projek komuniti perintis yang dilaksanakan di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai, melalui dua fasa yang berakhir pada Mei 2019,” katanya.

Tambah kenyataan itu, program itu telah dilancarkan pada Mac 2019 sempena ulang tahun keputeraan rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top