BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR LAWAT PPS SK SEKUDAI BATU 10

raja-zarith-sofea-2.jpg

JOHOR BAHRU, 16 DIS : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sekudai Batu 10, di sini, hari ini.

Seramai 248 mangsa daripada 71 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di situ mulai pagi semalam selepas kediaman mereka dinaiki air lebih satu meter di sesetengah lokasi termasuk di Kampung Sepakat dan Kampung Laut.

Terdahulu, Tuanku Permaisuri berkenan berangkat ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam Johor, dan mendengar taklimat status banjir di seluruh negeri Johor.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Kolonel Mat Zin Bujang dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top