BM | EN | 中文

Permaisuri Johor lawat Laman Edible Bangsa Johor Bahagia 

queen-johor.1.jpg

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan melawat Laman Edible Bangsa Johor Bahagia di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan membuat lawatan ke Laman Edible Bangsa Johor Bahagia di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini hari ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di Facebook The Royal Johor, lawatan Raja Zarith Sofiah disambut Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Wahid Omar; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Salehudin Hassan serta Ketua Projek Laman Edible Bangsa Johor Bahagia, Fatimah Ismail.

Dalam lawatan itu, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menanam pokok durian belanda sebelum melawat sekitar laman.

Advertisement

Laman yang diusahakan atas kerjasama komuniti Bangsa Johor Bahagia bersama penduduk Rumah Pangsa Bandar Kangkar Pulai itu mula dibina November tahun lalu.

Sementara itu, hasil tanaman daripada laman tersebut pula akan dikomersialkan di Pasar Tani.

Program Bangsa Johor Bahagia merupakan ilham Raja Zarith Sofiah sendiri yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan miskin bandar dengan melibatkan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan, sekaligus mengelakkan penularan gejala sosial.

Advertisement

Program perintis ini dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim Johor serta Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, dan dilaksanakan oleh UTM dengan kerjasama MBIP.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top