BM | EN | 中文

Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

Permaisuri-Johor-kurnia-elaun-kepada-Yayasan-Raja-Zarith-Sofiah-Negeri-Johor.jpg

Gambar Ehsan The Royal Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Pengurniaan elaun itu diumumkan melalui hantaran dalam Facebook rasmi The Royal Johor selepas baginda mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa baginda sedar negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak turut terkesan, lebih-lebih lagi disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat Yayasan, yang turut terdapat ramai kakitangan yang sedang berkhidmat,” titah baginda.

Terdahulu, turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ Datuk Azmi Rohani; Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim; Bendahari Kehormat YRZSNJ Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat Lilian Low.

YRZSNJ ditubuhkan pada tahun 2012, bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah memberi dana untuk pembiayaian pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Advertisement

Menyentuh mengenai mesyuarat, baginda bertitah usaha untuk membantu anak-anak pesakit kanser daripada golongan B40 dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut dibincangkan.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu, dengan bakat anak-anak muda negeri Johor boleh dimanfaatkan menjadi tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection, sekali gus menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top