BM | EN | 中文

Permaisuri Johor hargai selebriti beri ucapan semangat warga UTM jalani kuarantin

raja-zarith-sofiah_johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini menzahirkan penghargaan kepada beberapa selebriti tanah air yang sudi menyampaikan kata-kata semangat serta dorongan buat pelajar dan warga kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Mei lepas.

Baginda yang juga Canselor UTM bertitah, ucapan yang disampaikan beberapa selebriti itu menerusi laman sosial yang dimuat naik dalam Facebook rasmi The Royal Johor hari ini amat dihargai.

“Saya sebagai Canselor UTM ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada mereka semua yang sudi merakam video dengan menyampaikan kata-kata semangat, dorongan serta motivasi kepada pelajar-pelajar UTM yang berada di kampus ketika ini.

Advertisement

“Saya amat berharap is juga sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan serta sokongan kepada pelajar-pelajar berkenaan,” titah baginda.

Antara artis berkenaan ialah Aaron Aziz, Norliza Abdullah, Nazim Othman, Faradhiya Mohd Amin, Eizlan Yusof selain pereka fesyen terkenal Tom Abang Saufi.

Aaron Aziz dalam dalam rakaman video ringkasnya itu bekata walau apa pun berlaku, semua perlu kekal positif, perlu membantu antara satu sama lain dan terus: “stay strong, stay positive and stay safe”.

Advertisement

Seramai 3,240 individu termasuk 2,227 pelajar berada dalam kawasan kampus UTM yang dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 3 Jun ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top