BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR BERKENAN SERAH BANTUAN ‘BACK TO SCHOOL’

royal-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 NOV: DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, kanak-kanak harus diberikan bantuan dan dorongan untuk meneruskan pelajaran tanpa mengira agama atau bangsa.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Tazkirah Bulanan Puspanita dan Majlis Sumbangan “Back to School” yang berlangsung di kediaman rasmi pegawai daerah Kulai semalam.

Baginda mengambil maksud salah satu ayat dalam Surah Al-Maidah yang menyatakan Islam adalah agama kemanusiaan, yang susah dan faqir miskin perlu dibantu sehinggakan haiwan seperti kucing juga perlu dibantu apatah lagi seorang manusia.

Advertisement

“Ajaran Islam sendiri menggalakkan setiap manusia untuk berbuat baik terhadap semua makhluk,” titah Baginda, dipetik dari laman Royal Press Office.

Dalam pada itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 48 orang pelajar dari daerah itu.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada 50 orang pelajar di setiap daerah lain yang diwakili oleh isteri Pegawai Daerah masing-masing.

Advertisement

Bantuan tersebut merupakan salah satu usaha Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi membantu golongan B40 di Johor.

“Yayasan akan melaksanakan program-program yang lebih berkesan serta berjangka panjang pada tahun hadapan,” titah Baginda lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top