BM | EN | 中文

PERMAISURI JOHOR BERIKHTIAR TANGANI MASALAH PENAGIHAN DADAH DI NEGERI JOHOR

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima mengadap Penasihat Pengasih Malaysia, Datuk Kamisah Mohd Nor di Istana Bukit Serene, di sini, kelmarin

Pada pertemuan itu, Tuanku Permaisuri telah meminta Pengasih mewujudkan sebuah program kesedaran tentang penagihan dadah di negeri ini.

“Statistik menakutkan daripada Pengasih mendapati ada lima penagih dadah baharu di Johor setiap hari, daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah.

Advertisement

“Saya harap pihak swasta akan berganding bahu menghulurkan bantuan dan sokongan kepada inisiatif menangani penagihan dadah di negeri ini,” titah Baginda kepada Royal Press Office.

Pelancaran program kesedaran itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Titah Tuanku Permaisuri lagi, masyarakat juga perlu sentiasa meningkatkan usaha dalam memerangi gejala dadah.

Advertisement

“Masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah yang semakin menular akan merosakkan masa depan negara kita.

“Oleh itu masyarakat mesti memeranginya secara berterusan dengan sentiasa menanam kesedaran dalam setiap insan betapa buruk padahnya gejala ini,” titah Baginda lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top