BM | EN | 中文

Permaisuri Agong martabat tulisan jawi di Twitte

twitter.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memartabatkan tulisan jawi dengan menggunakan tulisan itu menerusi ciapan di twitternya.

Pada 28 Disember lepas, baginda membuat ciapan menerusi @cheaminahsayang untuk memulakan guna tulisan jawi di twitter bagi memperkasakan tulisan warisan itu.

Titah Tuanku Azizah mendapat sokongan daripada netizen dan memuji tindakan baginda.

Advertisement

“Saya merasakan penguasaan jawi saya lebih baik selepas ini apabila mengikuti tweet dari baginda permaisuri” komen Azlinda, salah seorang netizen.

Bagi @Zakariaabdkadir, usaha murni yang dilakukan oleh baginda permaisuri sangat baik dan wajar dilakukan berpanjangan.

“Terbaik, bangsa yang hebat ialah bangsa yang martabatkan identiti bangsanya” komen @yudaiscoming, respon kepada ciapan baginda.

Advertisement

Terdahulu, perkongsian Baginda telah menarik perhatian dan sehingga kini mencecah sebanyak 12,500 ciapan dan 29,200 tanda suka dari netizen.

Semalam, Baginda sekali lagi mempromosikan tulisan jawi di twitter dengan perkongsian, “tulisan jawi adalah warisan kita orang Melayu, mari kita semua guna dan martabatkan tulisan jawi”.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top