BM | EN | 中文

Perlu wujud ‘war room’ 24 jam pantau harga barangan kawalan

kpdnhep-semakan-harga-barang.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 MEI: Kerajaan pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran untuk menukar fungsi ‘war room’ daripada ‘bilik perang politik’ kepada ‘bilik perang harga’ yang berfungsi bagi memantau harga barang-barang kawalan.

Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali

Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, ‘war room’ tersebut mesti berfungsi selama 24 jam tujuh hari seminggu.

“Langkah ini mesti dibuat untuk mengekang penularan kenaikan harga yang sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

“Pematuhan harga barangan kawalan adalah sama penting dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sheikh Umar yang juga Ketua Pemuda DAP Johor berkata, Belanjawan 2021 pastinya akan menjadi belanjawan defisit dimana kerajaan tidak akan dapat mengelak daripada realiti ini.

“Kerajaan perlu berbelanja mengikut keperluan dan kepentingan kepada rakyat.

Advertisement

“Hasil simpanan yang ada perlulah ditumpukan untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat, dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sehinggalah ke peringkat industri hiliran serta mikro.

“Kerajaan wajib mengubah sistem birokrasi untuk mempercepatkan penyaluran peruntukan dan memastikan ianya sampai tepat kepada pihak yang memerlukan.

“Saya sarankan Tan Sri untuk tidak menunggu bencana yang lebih buruk berlaku,” katanya yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Perdana Menteri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top