BM | EN | 中文

Perlu usahakan ‘dari food bank kepada job bank’, kata pengerusi DAP Johor

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUL: Jalan keluar jangka panjang dari krisis kesihatan dan ekonomi adalah dengan mengadakan pekerjaan yang bermaruah kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong berkata, bantuan makanan, bakul makanan atau ‘food bank’ kepada mereka yang memerlukan sangat penting dan sangat membantu.

Namun katanya menyediakan peluang pekerjaan perlu menjadi tumpuan dalam wacana mengatasi kemelut ekonomi.

Advertisement

“Jalan keluar jangka panjang dari krisis kesihatan dan ekonomi adalah dengan adanya pekerjaan bermaruah bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh krisis.

“Banyak sektor telah runtuh sejak pandemik terutama industri penerbangan, pelancongan, perhotelan dan peruncitan. Banyak syarikat di sektor lain gulung tikar dan menyebabkan kehilangan pekerjaan.

“Kerajaan perlu menunjukkan dengan mencipta pekerjaan, diikuti syarikat berkaitan pekerjaan (GLC) dan sektor swasta.

Advertisement

“Sekiranya kerajaan di semua peringkat – persekutuan, negeri dan tempatan – menyediakan sejumlah sumber kewangan untuk mewujudkan pekerjaan dengan misalnya, upah RM100 sehari secara sementara, kita akan dapat membantu banyak keluarga berpendapatan rendah dan sederhana,” kata Chin Tong dalam catatan di laman facebook beliau hari ini.

Ujarnya lagi, sistem kesihatan kini memerlukan ramai penjejak kontak untuk melawan Covid-19 selain sukarelawan di pusat-pusat vaksin.

“Kita boleh menggaji ramai pekerja untuk membantu membersih dan mengindahkan bandar-bandar untuk manfaat semua.

Advertisement

“Kita mesti berusaha memperbaiki bangunan untuk meningkatkan pengudaraan bagi mengurangkan transmini jangkitan Covid-19.

“Ini memerlukan banyak pekerja di peringkat nasional, begitu juga pemasangan di bangunan-bangunan dengan perkakasan teknologi hijau seperti alat penjimatan solar dan tenaga yang akan membantu Malaysia menangani perubahan iklim.

“Kuncinya adalah menyediakan pekerjaan, melampaui bantuan bakul makanan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top