BM | EN | 中文

Perlu platform digital untuk rancakkan semula ekonomi Johor – Adun

s-ramakrishnan.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 29 SEPT: Kerajaan negeri Johor perlu membangunkan infrastruktur untuk mengembangkan ekonomi digital, kata Adun Bekok, S. Ramakrishnan.

Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mengubah cara interaksi sosial, komunikasi, urus niaga perniagaan dan norma di tempat kerja.

Bekas Exco Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Johor itu berkata, kini platform digital membolehkan peniaga meneruskan perniagaan dalam talian dan secara maya.

Advertisement

“Agensi pembangunan seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar seharusnya membawa peralihan kepada ekonomi digital dan gig.

“Agensi kerajaan harus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan kemahiran digital kepada perniaga yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan sederhana di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan harii ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri perlu membantu peniaga untuk menjadi usahawan digital.

Advertisement

“Demi merealisasikan proses digitalisasi, kerajaan Johor telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembaharuan ekonomi negeri.

“Bolehkah kita mengetahui apa yang telah mereka umumkan dan perkenalkan selama ini untuk membantu rakyat di negeri Johor? soalnya.

Tambah beliau pihak berkenaan antaranya di Wilayah Iskandar harus proaktif dan agresif dalam menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke Johor.

Advertisement

Katanya wilayah Iskandar tetap menjadi wilayah pelaburan dan pembangunan yang cukup menarik di Johor, namun malangnya, sebilangan pelaburan utamanya telah berhenti atau tidak aktif.

“Studio Pinewood Iskandar Malaysia telah ditutup setelah projek tersebut menelan berjuta-juta ringgit.

“Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar berperanan untuk memindahkan pelaburan langsung asing ke wilayah Iskandar sejak awal lagi dan diharap agensi ini terus dapat menarik pelaburan.

Advertisement

“Setakat ini, kebanyakan pelaburan dari China nampaknya tertumpu pada pembangunan hartanah.

“Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pelaburan dari negara lain dan syarikat multinasional juga patut lebih tertumpu pada sektor bukan hartanah,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top