BM | EN | 中文

Perlu kempen besar-besaran vaksinasi warga emas – Adun Skudai

Kempen-Vaksin-Lindungi-Warga-Emas-VALUE.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MEI: Satu kempen besar-besaran perlu diadakan segera di seluruh negara dengan menggembleng semua tenaga bagi membantu program vaksinasi Covid-19 terhadap warga emas.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, selepas lebih sebulan Fasa 2 Program Imunisasi Covid Kebangsaaan (PICK) bermula pada 19 April, jutaan rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun keatas masih belum mendapat suntikan dos vaksin yang pertama.

“Keadaan demikian lebih serius di kawasan luar bandar yang mengalami ‘dua kekurangan’ yang saling mengait.

Advertisement

“Pertama, golongan warga emas kurang berdaftar melalui Mysejahtera mahupun melalui saluran pendaftaran yang lain. Anggaran kasar adalah peratusan pendaftaran di bawah 50 peratus.

“Kedua, golongan warga emas yang telah berdaftar masih kurang divaksin. Bila yang sudah berdaftar pun belum divaksin, yang belum daftar makin kurang dengan manfaat vaksinasi,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Tan, berdasarkan kaji selidik di lapangan mendapati ramai warga emas berusia 70 dan 80-an di pekan kecil atau di kawasan luar bandar masih menunggu dos vaksin pertama walaupun telah lama berdaftar.

Advertisement

“Ini bukan golongan yang duduk jauh di pedalaman yang mungkin memerlukan kaedah lain.

“Yang dikhuatiri adalah mereka yang menduduki kawasan luar bandar yang sudah ada kemudahan asas termasuk Klinik Kesihatan dan Klink Desa yang berdekatan.

“Apakah alasan mereka tertinggal jauh di belakang? soal Tan.

Advertisement

Katanya lagi, mungkin ada alasan kawasan luar bandar risikonya lebih rendah berbanding kawasan bandar.

“Tetapi ia tidak benar memandangkan hampir semua mukim di negeri Johor telah menjadi zon merah.

“Tambahan pula, zon hijau dan kuning boleh menjadi zon merah dalam sekelip mata bila ditimpa kluster jangkitan dari luar,” ujarnya lagi.

Advertisement

Lanjutan itu, Pusat Khidmat ADUN Skudai akan membantu semua warga emas setempat yang telah berdaftar untuk membuat semakan susulan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tarikh giliran mereka dapat ditetapkan secepat mungkin.

Tan turut melancarkan Kempen Vaksin Lindungi Warga Emas (VALUE) dengan menyasarkan semua warga emas mendapat dos pertama vaksin sebelum 30 Jun 2021.

“Untuk anak-anak muda yang inginkan ibu bapa dan datuk nenek tersayang divaksin secepat mungkin, sokonglah kempen ini dengan menghubungi kami di pautan berikut

Advertisement

“Kami berjanji membantu anda menghubungi pihak KKM untuk memastikan nama ahli keluarga anda tidak tercicir daripada panggilan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top