BM | EN | 中文

PERLU ADA RUNDINGAN ANTARA NEGARA SELESAI MASALAH JEREBU TAHUNAN

taqi-fb.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 SEPT: Adun Pulai Sebatang, Muhamad Taqiuddin Cheman, hari ini menegaskan isu jerebu yang melanda negara saban tahun perlu diselesaikan di meja rundingan untuk mengelakkan rakyat terus menanggung kesan akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab pihak lain.

Taqiuddin menegaskan perlu ada perbincangan secara khusus untuk menyelesaikan permasalahan jerebu yang melanda negara ini dan mengesyorkan negara yang terkesan dengan isu tersebut berunding bagi mendapatkan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang isu tersebut.

“Sampai bila kita harus berhadapan dengan perkara ini? Di Pontian semalam sekolah terpaksa ditutup akibat bencana jerebu, ini membawa kesan yang tidak baik dari segi pembelajaran murid-murid.

Advertisement

“Perbincangan di antara negara-negara yang terjejas akibat jerebu perlu dijalankan dengan kadar segera. Sekiranya Indonesia memohon bantuan untuk memadamkan kebakaran di sana, ianya perlu diputuskan.

“Dalam cuaca yang kering sebegini agak mustahil untuk kita bergantung harap semata-mata kepada cuaca seperti hujan dan sebagainya. Usaha dari segi kerohanian juga telah dijalankan, namun sampai bila perkara ini akan berterusan,” soalnya.

Selain itu, Taqiuddin, yang juga ketua pemuda Amanah negeri, turut menambah yang tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang mengambil langkah mudah dan membuat pembakaran secara terbuka dalam sektor pertanian.

Advertisement

“Tuan tanah perlu dikenakan tindakan seperti ganti rugi dan sebagainya sekiranya mereka melakukan perkara itu dengan niat untuk mengurangkan kos yang penanaman semula.

“Malaysia juga perlu menghantar wakil berunding sejauh mana perhatian yang diberikan oleh kerajaan Indonesia terhadap perbuatan pembakaran terbuka ini.

“Malaysia perlu tegas dalam berunding berkenaan dengan masalah ini dan kita tidak mahu perkara ini terus berulang setiap tahun sehingga menjejaskan pelbagai faktor di negara ini,” tegasnya lagi.

Advertisement

Laporan Jabatan Alam Sekitar semalam, menunjukkan 29 kawasan dalam negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat, sangat tidak sihat (tiga) dan bahaya (satu).

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top