BM | EN | 中文

Perlekeh program kebajikan wanita PKR Johor, FB pro PN tidak sensitif jantina

dr-zaliha-mustafa.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MAC: Pimpinan Wanita PKR Pusat, Dr Zaliha Mustafa kesal dengan tohmahan oleh laman facebook dipercayai pro kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap program kebajikan dilakukan sayap wanita parti itu di Johor.

Dr Zaliha berkata, pelecehan yang dimuatnaik di laman facebook penyokong kerajaan PN itu menunjukkan kekurangan sensitiviti jantina.

“Dek kerana dendam tak berkesudahan, program kebajikan dilaksanakan Puan Napsiah Khamis dan Wanita PKR Johor mengedar tuala wanita secara percuma sempena Hari Wanita Sedunia diperlekehkan oleh muatnaik dari FB Pejabat Timbalan Kanan Setia.

Advertisement

“Lebih malang lagi, mereka telah menggunakan bahasa kesat dan memalukan dengan merujuk kepada alat sulit wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Zaliha, Wanita PKR Johor bertekad membantu golongan wanita untuk mendapatkan tuala wanita secara percuma susulan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi dan pendapatan ramai keluarga dari golongan B40.

“Apatah lagi di negeri Johor yang ramai penduduknya mencari rezeki di Singapura, penutupan sempadan negara menjadikan wanita dan anak-anak perempuan dari keluarga yang kurang berkemampuan sangat terdesak sehingga tidak mampu membeli tuala wanita

Advertisement

“Justeru itulah bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapat membantu wanita di saat mereka benar-benar memerlukan,” ujarnya.

Tambah beliau, “period poverty” atau kemiskinan haid adalah suatu yang nyata walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang hampir maju.

Bekas setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kawasan miskin pinggir bandar, pendalaman di Sabah dan Sarawak juga di penempatan orang Asal adan anak gadis kedatangan haid sehingga tidak dapat hadir ke sekolah.

Advertisement

“Bayangkan jika 5 hingga 7 hari sebulan mereka “ponteng” kelas, berapa banyak pula pelajaran yang bakal mereka ketinggalan,” tambahnya

Justeru menyeru sempena bulan sambutan Hari Wanita Sedunia ini, semua anggota masyarakat lebih sensitif dan empati kepada permasalahan wanita yang sangat terkesan dengan pandemik.

“Kalau kita tidak mampu membantu, jangan pula mempersendakan usaha orang lain yang berusaha untuk membantu walaupun ia kelihatan seperti satu usaha yang kecil,” katanya lagi.

Advertisement

Kiriman di laman FB Pejabat Timbalan Kanan Setia yang mengejek program Wanita PKR Johor semalam mendapat tindakbalas warganet, termasuk golongan artis seperti Tony Eusoff dan Adibah Noor.

Mereka turut mengecam dan kesal dengan tulisan itu yang tidak langsung mempamerkan rasa empati dan keperluan wanita, malah menjadikannya gurauan kasar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top