BM | EN | 中文

Perkongsian ilmu: Khasiat blackcurrant diadun strawberi dan manfaat jus limau nipis

air-jus.jpg
Advertisement

[ ADVERTORIAL ] Ramai diantara kita tidak minum air dalam kuantiti mencukupi yang diperlukan tubuh. Sebaliknya meminum minuman yang manis dan berkarbonat.

Sedangkan tubuh badan memerlukan air mencukupi untuk terus stabil. Jadi, air secukupnya penting untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Kandungan air memastikan tubuh terhidrat secukupnya. Tubuh kekal terhidrasi dengan meminum cecair dan memakan makanan dengan kandungan air yang tinggi.

Advertisement

Antara cara untuk mengekalkan tubuh sihat dan cergas adalah melalui cara pemakanan yang sihat. Salah satu cara pemakanan yang sihat adalah dengan amalan meminum jus buah-buahan.

Bagi memastikan tubuh kita kekal hidrat dalam cuaca panas dan lembap seperti Malaysia, jus buah-buahan mampu membekalkan badan kita dengan pelbagai nutrien penting seperti mineral dan pelbagai jenis vitamin.

Untuk makluman, jus buah-buahan memiliki banyak kebaikan. Antara manfaatnya adalah untuk menjaga sistem imunasiasi badan dan sistem penghadaman.

Advertisement

Selain itu, jus buah-buahan juga mampu ‘membersihkan’ organ dalaman tubuh, mencegah selesema, demam dan menjadikan kulit lebih sihat.

Pada waktu kita kecil dahulu, ibu bapa kita di rumah atau guru di sekolah sering mengingatkan kita tentang kepentingan untuk memakan buah-buahan.

Namun apabila meningkat dewasa, dek kerana kesibukan kerja dan urusan harian pesanan itu sukar dipraktikkan. Untuk mengelakkan daripada terus terlupa, selepas membaca artikel ini segeralah dapatkan minuman jus buah-buahan dan simpan di dalam peti sejuk di rumah atau di pejabat.

Advertisement

Kombinasi ‘super-fruit’: Blackcurrant pembekal serat tinggi dengan strawberi anti-oksida

Blackcurrant atau anggur hitam memiliki rasa yang lebih segar berbanding anggur biasa dan memiliki kandungan air lebih tinggi.

Ia juga kaya dengan pelbagai nutrien, vitamin, mineral serta serat makanan dan amat bermanfaat untuk mengatasi atau melegakan masalah sembelit yang berpunca daripada serat pemakanan larut dan tidak larut berlebihan.

Advertisement

Ramai di kalangan kita yang cuba mengamalkan diet dengan objektif menurunkan berat badan dan mengembalikan tubuh ke bentuk ideal.

Namun antara elemen penting dalam proses diet bagi menggantikan makanan ruji adalah dengan mengambil makanan berkandungan serat dan kabohidrat yang mencukupi.

Dengan pengambilan jus blackcurrant, ia mampu mengawal berat badan dengan menjadikan kita berasa kenyang, dan membantu mengurangkan pengambilan makanan.

Advertisement

Jus blackcurrant membantu tubuh mengekalkan kapasiti pembakaran lemak, mengelakkan peningkatan insulin punca lesu serta mengurangkan keinginan mengambil makanan bergula dengan menstabilkan paras gula dalam darah.

Manakala strawberi, salah satu daripada jenis buah-buahan daripada keluarga beri (berry), mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mencegah penyakit jantung dan paru-paru. Ia juga dapat menjaga sistem imunisasi dalam tubuh.

Antara lain khasiat strawberi adalah untuk menurunkan berat badan. Strawberi memiliki kalori yang cukup rendah serta tidak mengandungi sodium, gula ataupun lemak.

Advertisement

Strawberi juga bagus untuk sistem pencernaan serta mampu mencegah radang pada usus.

Sudah tentu kombinasi kedua buah-buahan ini boleh diibaratkan sebagai ‘super food’, yang bukan sahaja enak untuk dinikmati malahan memberi manfaat kesihatan jangka panjang kepada pengguna.

Kebaikan jus limau nipis, melawan obesiti

Advertisement

Umum sedia maklum bahawa populasi obesiti di negara ini semakin meningkat. Dengan mengamalkan meminum air buah-buahan seperti jus limau nipis ia mampu mencegah kegemukan.

Jus limau nipis mengandungi magnesium dan kaya dengan vitamin seperti A, B, C dan D. Malah jus limau nipis mengandungi Flemenoid yang menghasilkan anti-oksidan dan anti-radang yang diperlukan tubuh terutamanya pada zaman sekarang dimana virus mudah menular.

Dalam kadar tiga biji limau nipis yang mengandungi vitamin C, ia mencukupi untuk keperluan harian, Malah ia mengandungi vitamin D yang diperlukan tubuh selain mampu membasmi bakteria yang memberi kesan kepada tekak dan pada ketika tubuh demam.

Advertisement

Selain itu, jus limau nipis kaya dengan dengan mineral yang memberi kesihatan pada jantung dan sering digunakan untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol. Ia juga boleh melancarkan dan mengelak daripada saluran darah tersumbat.  (Sumber pelbagai maklumat Google)

Juicy Burst Malaysia™, merupakan syarikat tempatan pengeluar jus buah-buahan perahan asli yang menawarkan dua jenis minuman segar, iaitu jus limau nipis dan jus blackcurrant.

Selain baik untuk kesihatan, menyegarkan tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur, kedua-dua minuman keluaran Juicy Burst Malaysia™ ini sesuai untuk dihidangkan pada majlis-majlis keraian, boleh dibawa sebagai bekalan ketika aktiviti rekreasi atau disimpan sebagai minuman tambahan di rumah dan pejabat.

Advertisement

Juicy Burst Malaysia™, yang dibangunkan usahawan bumiputera tempatan turut mendapat latihan dan bimbingan daripada pihak MARDI dan sering dijemput untuk menyertai ekspo usahawan dan festival di seluruh negara.

Untuk pasaran tempatan, edaran Juicy Burst Malaysia™ akan dibuat melalui kaedah ejen, stokis, pasaraya dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia.

Kepada pengusaha yang berminat untuk menjadi stokis, ejen ataupun mahu melakukan pembelian terus untuk hidangan pada majlis-majlis tertentu, Juicy Burst Malaysia™ menawarkan harga istimewa.

Advertisement

 

Hubungi kami melalui maklumat berikut.

CALL / WHATSAPP :
+60187802769
www.wasap.my/+60187802769/juicyburst

Advertisement

Follow / Like / Share Kami Di
FB – JUICY BURST MALAYSIA
IG – @JUICYBURSTMY

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top