BM | EN | 中文

Perkhidmatan kios di bangunan pejabat KWSP Johor Bahru akan dibuka semula mulai 14 Dis

kwsp-johor-bahru.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kios di bangunan pejabat KWSP Johor Bahru akan dibuka semula mulai Isnin, 14 Dis 2020.

Bagaimanapun, cawangan KWSP Johor Bahru masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak, menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Ahli boleh menggunakan kios untuk urusan pengaktifan Kod Pengesahan Transaksi (TAC), pendaftaran ahli, pendaftaran i-Akaun, mencetak penyata serta menyemak/mengemas kini profil.

Advertisement

“Ahli yang telah berdaftar dengan i-Akaun juga boleh membuat transaksi secara dalam talian untuk perkhidmatan tertentu,” katanya.

Ahli KWSP di Johor juga boleh berurusan di cawangan lain seperti Batu Pahat, Kluang, Kulai, Mersing, Muar dan Segamat, serta menggunakan mana-mana kios pihak ketiga di sekitar negeri tersebut.

“KWSP sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan setiap pelawat dan pekerja dalam memastikan semua cawangan terus mematuhi prosedur operasi standard untuk membendung penularan COVID-19,” katanya.

Advertisement

Katanya maklumat mengenai cawangan, kios, atau kios pihak ketiga yang terdekat boleh didapati melalui laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP untuk penjelasan lanjut.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top