KLUANG, 7 JAN : Sempena acara Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, kerajaan negeri Johor telah melaksanakan perkhidmatan bas percuma.
Anda hanya perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan iaitu Warganegara Malaysia, tunjukkan MyKad atau MyKid dan anda boleh menikmati perkhidmatan bas percuma ini.
Tidak ketinggalan warga Kluang berpeluang menikmati berita baik ini yang mana perkhidmatan bas ini telah mewujudkan satu laluan baru iaitu bermula daripada Kluang Ke Renggam dan operasinya akan bermula pada tahun ini juga.
Menurut Facebook rasmi Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, pejabatnya telah menjalankan kaji selidik dalam usaha memahami keperluan pengangkutan awam warga daerah ini yang dijalankan pada Mac tahun lepas.
“Melalui kajian berkenaan, kami telah menganalisis dan mengumpul data-data sokongan dan kajian ini dijalan secara kolaberasi bersama pihak hospital dan sekolah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.
“Melalui kajian ini, pihak kami telah menghantar hasil laporan dengan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan iaitu Pengangkutan Awam Johor (PAJ) tentang berapa pentingnya keperluan perkhidmatan Pengangkutan Awam di Kluang,” katanya.
JohorKini