BM | EN | 中文

Perketat undang-undang penjualan arak – Wakil Masyarakat India Amanah Johor

arak-alkohol-mabuk.jpg

Gambar Ehsan cloudinary.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN : Wakil masyarakat India dari Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, undang-undang penjualan arak harus diperketatkan.

Jeevan Supramaniam, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Amanah Johor berkata, kerajaan perlu tegas dalam isu berkenaan kerana penjualan arak yang tidak dibendung mencetuskan pelbagai masalah.

“Kami bersetuju sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penjualan arak yang tidak terkawal ini. Perlu ada mekanisma terbaik bagi membendung perkara ini dari terus berleluasa.

Advertisement

“Kesan dari arak ini banyak memudaratkan. Masyarakat India sudah banyak sengsara dengan tabiat yang diwarisi sejak zaman penjajah lagi.

“Penjajah waktu itu sanggup memberikan arak murah seperti samsu kepada masyarakat India sebagai menggantikan upah mereka sehingga mengakibatkan ramai di kalangan masyarakat India menghidap pelbagai penyakit sebelum usia mencecah 55 tahun,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu segera menggubal akta sedia ada terhadap pemandu mabuk di negara ini.

Advertisement

“Selain itu, kami mendesak kerajaan mengambil tindakan kepada pemandu mabuk yang banyak mengakibatkan kemalangan terhadap mangsa yang tidak bersalah.

“Sehingga hari ini, terdapat ramai ibu tunggal akibat dari kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk direkodkan.

“Kami mendesak kerajaan segera membuat tindakan berkenaan masalah ini agar isu arak tidak menjadi penyakit dalam masyarakat kita,” katanya lagi

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top