BM | EN | 中文

Perkeso Johor terima 93,302 permohonan Program Saringan Prihatin (PSP)

R.-Vidyananthan-Kahang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor menerima sebanyak 93,302 permohonan menerusi portal PSP Johor hingga 10 Mei lalu bagi Program Saringan Prihatin (PSP).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan daripada jumlah itu, sebanyak 66,632 adalah permohonan daripada pekerja tempatan, manakala 26,670 melibatkan pekerja asing.

“Saya juga ingin memaklumkan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memperkenalkan Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso yang disediakan khusus untuk majikan dan pekerja melakukan saringan COVID19 secara percuma di fasiliti swasta yang terpilih.

Advertisement

“Saya ingin tegaskan, di negeri Johor seramai 9,975 pekerja telah disaring di bawah program ini. Keputusan saringan bagi kesemua pekerja berkenaan adalah negatif COVID-19,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu Perkeso juga telah menyediakan dua bentuk bantuan kepada majikan mahupun pekerja yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Dua bantuan yang disalurkan ialah Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) dan Program Subsidi Upah (PSU),” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, menerusi Program Pengekalan Pekerjaan, majikan diberi bantuan sebanyak RM600 sebulan bagi pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

“Perkeso Johor telah menerima sebanyak 3,533 permohonan hingga 22 April lalu dan kesemua permohonan itu dibuat oleh majikan yang mencarum dengan Perkeso dan melibatkan seramai 28,853 pekerja.

“Bagi Program Subsidi Upah (PSU), sebanyak 38,185 majikan telah membuat permohonan yang melibatkan seramai 186,354 pekerja yang terjejas hingga 22 April lalu.

Advertisement

“Untuk makluman, program ini membantu majikan untuk mengekalkan pekerja mereka dengan memberi subsidi pada kadar RM600, RM800 dan RM1,200 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,” kata Adun Kahang itu.

Dalam pada itu katanya, Perkeso turut mengambil inisiatif dengan melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tempoh bermula PKP hingga kini.

“Menerusi program CSR yang dijalankan, sebanyak 68 keluarga telah menerima manfaat.

Advertisement

“Keluarga yang terjejas ini telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas yang kos keseluruhan RM16,720.,” ujarnya ;anjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top