BM | EN | 中文

Perkeso giat tarik pekerja bekerja sendiri mencarum

perkeso-1.jpg

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang (kanan) ketika hadir taklimat SKSPS di Wisma Perkeso Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB : Hanya 2.8 peratus sahaja daripada 274, 400 pekerja yang melakukan pekerjaan sendiri di negeri ini telah membuat caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata sejak dilancarkan pada 1 Januari sehingga 7 Februari 2020 terdapat 7,710 individu yang bekerja sendiri di bawah 19 sektor pekerja yang layak di bawah SKSPS telah mencarum.

Katanya mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, Johor adalah negeri ketiga yang mempunyai jumlah besar mereka yang bekerja sendiri selepas Selangor dan Sabah.

Advertisement

“Oleh itu, Perkeso Johor mensasarkan 68,000 pekerja sendiri akan membuat caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri tahun ini,”katanya selepas hadir taklimat SKSPS di Wisma Perkeso Johor semalam

Menurutnya, pihaknya akan mempergiatkan kempen agar golongan sasaran ini menyedari manfaat SKSPS.

Jelasnya, kempen berkenaan termasuklah dengan membuka booth di pasar tani, pasar pagi termasuk mengedarkan flyers berkaitan kepada mereka yang bekerja di 19 sektor ini.

Advertisement

“Malah kita juga sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesan dan mendekati golongan ini,”katanya lagi.

Terdahulu, SKSPS membuka caruman kepada 19 sektor pekerjaan layak mendapat perlindungan insurans Perkeso, antara sektor tersebut adalah penjaja, seniman, pembinaan, pertanian, penternakan, perniagaan online, perikanan, makanan dan sebagainya.

Skop perlindungan SKSPS ialah menyediakan perlindungan dalam bentuk faedah dan pemulihan kepada pekerja sendiri yang mengalami kecederaan yang disebabkan oleh suatu kemalangan termasuk dalam perjalanan yang berkaitan pekerjaan, melindungi penyakit khidmat.

Advertisement

Skim ini juga meliputi lapan faedah iaitu faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan,faedah Pengurusan mayat, faedah pendidikan dan faedah pemulihan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top