BM | EN | 中文

PERKERJA SWASTA MAUT DILANGGAR BAS

logo-polis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Seorang pekerja swasta maut selepas dilanggar sebuah bas di Jalan Masai Kongkong, di sini, tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari itu, mangsa, Mohd Rashidi Jemain, 21 maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal dari arah Jalan Kongkong menghala ke Masai Lama.

Advertisement

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah bas yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun  telah membelok ke kanan (Jalan Cempedak) dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang menunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ismail berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat.

Advertisement

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Semua penguna jalanraya dinasihat supaya lebih berhati-hati semasa memandu atau menunggang di jalanraya serta mengutamakan keselamatan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top