BM | EN | 中文

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI, RAMAI TIDAK SEDAR AMALAN HIDUP SIHAT

IMG-20191022-WA0019.jpg
Advertisement

PONTIAN, 22 OKT : Kepentingan penjagaan kesihatan amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Liow Cai Tung.

Menurutnya, ini termasuklah ibu tunggal, suri rumah, belia dan beliawanis.

“Program ini merupakan satu platform yang amat baik untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai kesihatan.

Advertisement

“Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai aspek kesihatan kepada masyarakat.

‘Diharapkan penganjurannya juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat Pekan Nenas dan menginspirasi masyarakat setempat untuk menjalankan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Perasmian Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Kemas di Dewan Terbuka Kampung Parit Haji Adnan, di sini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama; Pengarah Jabatan Kemas NEGERI, Khairuddin Md Nasir.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, perkembangan zaman teknologi menyebabkan ramai antara kira kurang kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat.

“Ini kerana zaman sekarang kan zaman gajet… Tidak kira ke mana kita, gajet atau smartphone mesti sentiasa ada dalam tangan.

Advertisement

“Ini menyebabkan ramai antara kita kurang kesedaran dari segi amalan gaya hidup sihat.

“Itu yang menjadikan gaya hidup sihat sering diabaikan oleh masyarakat dalam proses kita mengejar kekayaan dan kebendaan atau materialistik,” katanya.

Tegasnya, amalan gaya hidup sihat amat penting dimanfaatkan bermula dari rumah kerana gaya hidup sihat dan hubungan yang baik antara ahli-ahli keluarga akan menjamin masyarakat yang lebih sejahtera.

Advertisement

“Jadi di sini saya harus mengingati para ibu bapa untuk menjadi contoh yang baik untuk anak-anak; supaya mengurangkan masa dengan gajet dan lebihkan masa yang berkualiti bersama anak-anak,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top