BM | EN | 中文

‘PERISIK POPULAR’ SERTAI PERARAKAN HARI KEBANGSAAN

News-30-8-19-7.06am-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Seorang perisik pertubuhan rahsia dan seorang gadis mutan (mempunyai kuasa luar biasa) antara yang telah dikenalpasti akan membuat kemunculan di Putrajaya, esok, ketika sambutan hari kebangsaan sedang berlangsung.

Agensi berita nasional, Bernama, semalam melaporkan yang kemunculan tersebut dirancang ketika perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya – yang akan bermula dari bangunan Kementerian Belia dan Sukan dan berakhir di Kementerian Kemerdekaan.

Perisik yang dimaksudkan ialah ‘Ejen Ali’, watak utama siri animasi terbitan bersama Primeworks Studio dan Wau Animations, manakala gadis tersebut pula ialah ‘Yaya’ – gadis yang mampu memanipulasikan graviti – yang juga merupakan watak penting siri animasi Boboiboy.

Advertisement

Ejen Ali dan Yaya juga akan disertai oleh Didi, yang popular menerusi siri animasi Didi & Friends.

Ketiga-tiga watak tersebut, akan turut serta dalam perbarisan hari kebangsaan esok pagi dalam bentuk belon udara bersaiz 30 hingga 40 kaki.

Selain Ajen Ali, Yaya dan Didi, pelbagai maskot animasi negara juga akan turut serta dalam perarakan tersebut.

Advertisement

Kemunculan watak-watak ini merupakan inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menambah kemeriahan sambutan tersebut.

Ketua Unit Media dan Dokumentasi Finas Jamaludin Bakar juga mengajak orang ramai untuk merekodkan foto kenangan bersama-sama watak-watak animasi terkenal ini setelah perarakan tamat di banggunan Kementerian Kewangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top