BM | EN | 中文

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan ke 28 April

perutusan-khas-pm-muhyiddin-yasssin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 APR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada dua minggu lagi sehingga tarikh 28 April.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disarkan secara langsung di televisyen dan media utama seluruh negara.

“Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.

Advertisement

“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugaspetugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat,” kata Muhyiddin.

Tambah beliau pelanjutan PKP ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negaranegara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.

“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

Advertisement

“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.

“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” katanya lagi.

PKP fasa kedua yang dijangka tamat pada 14 April kini dilanjutkan ke fasa ketiga kepada 28 April.

Advertisement

Sebelum ini negara telah berjaya mengharungi PKP fasa pertama dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top