BM | EN | 中文

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan ke 14 April

tsmy.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dan trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun.

Advertisement

“Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Tambahnya, pergerakan orang ramai mesti terus dikawal dan strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19.

“Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan.

Advertisement

“Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian.

“Justeru, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu kata Muhyiddin mereka yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur.

Advertisement

“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” tambah Muhyiddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top