BM | EN | 中文

Perinci kemana dana RM100 juta usahawan PKS dalam Belanjawan Johor 2021 – Adun Jementah

adun-jementah-tan-chen-choon-sidang-dun-johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 OGOS: Adun Jementah, Tan Chen Choon meminta kerajaan negeri memperincikan dapatan dan impak dari peruntukan RM100 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2021

Ini kerana katanya, pembentangan itu hanya akan menjadi sekadar pengumuman tanpa laporan prestasi dan impak dari peruntukan yang dikeluarkan.

“Dalam Perbelanjaan Johor 2021 yang diumumkan pada tahun lepas, kerajaan negeri Johor telah mengumumkan akan menyediakan pinjaman RM100 juta kepada para peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro.

Advertisement

“Akan tetapi, pengumuman tersebut hanya sekadar pengumuman sahaja, tiada perincian pelaksanaan diumumkan kepada orang ramai.

“Pada masa yang sama, para pengusaha tidak dapat memanfaatkan pelbagai inisiatif pinjaman yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuaan kerana proses permohonan yang amat merumitkan.

“Akhirnya, mereka telah menghadapi masalah aliran tunai dalam pengusahaan mereka,” kata Tan pada perbahasan di Dewan Negeri Johor semalam.

Advertisement

Dalam Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri menyediakan dana berjumlah RM100 juta kepada usahawan PKS yang terjejas dan layak dengan kadar faedah munasabah serta syarat longgar.

Difahamkan, inisiatif berkenaan akan diberikan menerusi satu skim pembiayaan, iaitu Johor Niaga-Bank Rakyat SME Loan dengan kerjasama Bank Rakyat sejajar usaha membolehkan lebih ramai usahawan mendapat pembiayaan.

Inisiatif kedua ialah meringan beban penjaja dan peniaga dengan memberi pengecualian bayaran lesen bagi penjaja, peniaga PKS, mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuat kuasa dari 1 Januari 2021.

Advertisement

Manakala inisiatif ketiga adalah usaha menggalakkan perniagaan kecil-kecilan bertapak, pihak Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor akan menyediakan ruang dan peluang berniaga yang bersesuaian

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top