BM | EN | 中文

Perikatan Nasional tubuh badan perhubungan negeri

hamzah_zainuddin_PN.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menubuhkan badan perhubungan negeri-negeri di Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat badan itu pada 9 November berkata, keputusan dicapai bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

“Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

Advertisement

“Dalam hal ini, Pengerusi Perikatan Nasional akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan nama-nama pengerusi badan perhubungan negeri PN dalam kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top