BM | EN | 中文

Perikatan Nasional sedia tanding semua 56 kerusi DUN Johor tanpa kerjasama Umno

Senator-Ir-Md-Nasir-Hashim.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Perikatan Nasional (PN) Johor sedia bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini tanpa kerjasama atau penglibatan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Ir Md Nasir Hashim yakin gabungan Bersatu, Pas dan parti lain yang bertanding atas tiket PN akan menang pada PRU15.

“Kita jangkakan PN Johor akan menang lebih 40 kerusi daripada semua kerusi yang dipertandingkan.

Advertisement

“Kemenangan ini akan dibantu atas faktor ketidakmampuan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menerajui negeri ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Md Nasir mengulas kenyataan Hasni, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding pada PRU15 di semua 19 kerusi DUN yang telah dimenanginya sebelum ini.

Susulan itu kata Md Nasir, Hasni tidak wajar mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi politik ketika ini dan sepatutnya menumpukan usaha memerangi Covid-19 di negeri ini.

Advertisement

Rabu lalu, Hasni berkata, parti itu bertegas tidak akan menggunakan simbol selain lambang UMNO dan BN malah kerusi-kerusi menang yang ditandingi BN sebelum ini akan terus ditandingi calon BN pada PRU15.

Pada PRU lalu, BN tewas di 37 daripada 56 kawasan di tangan Pakatan Harapan dan hilang penguasaan di negeri itu buat pertama kali.
Beberapa pemimpin kanan seperti bekas menteri besar, Khaled Nordin juga tumbang.

Umno kini memiliki 14 kerusi DUN manakala sekutunya MIC memiliki dua kerusi. Bersatu memiliki 12 kerusi, PAS satu kerusi dan PH 27 kerusi.

Advertisement

Umno Johor merebut kembali tampuk pentadbiran kerajaan negeri berikutan krisis politik akibat ‘Langkah Sheraton’ tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top