BM | EN | 中文

Perikatan Nasional mulai rapuh di Johor

ppbm-vs-umno.png
Advertisement

Abdul Hamid Jamah

JOHOR BAHRU, 28 APR: Gabungan Perikatan Nasional (PN) di Johor dilihat rapuh melihat kepada kenyataan dikeluarkan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd Solihan Badri.

Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah berkata ia menggambarkan bahawa parti muda (Bersatu) tersepit dalam gabungan baharu mereka.

Katanya, mandat yang diberikan rakyat sebelum ini untuk menyaksikan perubahan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah disia-siakan oleh Bersatu dengan menubuhkan kerjasama bersama dengan Umno dan Pas.

Advertisement

“Kita simpati dengan nasib yang dialami oleh Bersatu. Sememangnya kita juga maklum dengan sikap Umno yang akan meminggirkan siapa sahaja rakan mereka selepas mendapat kuasa.

“Dalam pada itu pastinya Bersatu yang sebelum ini bersungguh-sungguh bergabung bagi membentuk kumpulan baharu untuk memerintah negeri ini pasti akan terpinggir selepas Umno mulai berkuasa.

“Sikap Umno yang tidak mahu berubah selepas kekalahan pada PRU 14 yang membuatkan mereka ditolak oleh rakyat kini dijelmakan kembali dengan mula menunjukkan diri mereka sebenar yang kerap meminggirkan kawan mereka selepas tujuan mendapatkan mandat selesai diperolehi,” katanya.

Advertisement

Mohd Solihan Badri

Semalam media melaporkan Bersatu Johor meminta parti lain yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.

Solihan dilaporkan sebagai berkata, 11 wakil rakyat parti itu serta seorang wakil bebas dalam dewan undangan negeri (DUN) mempunyai peranan penting untuk menentukan gabungan PN terus utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita (Bersatu) berharap rakan dalam PN tidak mengambil mudah keberadaan Bersatu dalam PN kerana tanpa kami, kerajaan yang ada sekarang tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh bersimpati dengan nasib rakan sejawatnya dari parti Bersatu itu.

Beliau berkata, Bersatu hanya akan dijadikan alat oleh Umno untuk berkuasa di Johor tanpa memikirkan soal semangat setiakawan yang diterjemahkan oleh Bersatu.

Mohd Faizul Mohd Salleh

“Bersatu sebelum ini sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Johor kepada Umno bertujuan untuk menjalinkan hubungan bagi menubuhkan kerajaan, namun hasilnya hari ini Bersatu mula dipinggir oleh PN yang diketuai Umno di negeri ini.

Advertisement

“Teguran dari Solihan semalam jelas menunjukkan bahawa wujudnya perbalahan dalaman sehingga beliau terpaksa mengingatkan gabungan PN berkenaan dengan peranan mereka dalam PN.

“Sebelum ini pada 25 April 2020 yang lalu, Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohamad Hasan telah menyatakan bahawa gabungan PN itu tidak berdaftar dan ini lebih menakutkan ahli pelbagai peringkat dari Bersatu yang melihat gabungan ini rapuh.

“Gabungan PN tidak akan mampu bertahan bagi menghadapi PRU 15 kerana pemimpin UMNO pelbagai peringkat jelas memberi Isyarat bahawa mereka tiada sebarang ikatan perjanjian dengan Muafakat PN,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top