BM | EN | 中文

Perikatan Nasional Johor akan mesyuarat bincang kerusi PRU15

sj.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MEI: Perikatan Nasional Johor (PN) akan mengadakan satu mesyuarat dalam masa terdekat ini, untuk membincangkan soal pembahagian kerusi antara parti-parti yang terlibat sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Setiausaha PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pembincangan itu akan melibatkan tiga parti iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan.

“Bila tu (perbincangan), kita tunggu ‘greenlight’ dari pucuk pimpinan parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor bersama media, di Johor Bahru, malam tadi.

Advertisement

Beliau yang juga Setiausaha BPN Bersatu Johor itu berkata setakat ini, PAS dan Gerakan belum lagi menyatakan hasrat untuk bertanding di mana.

“Bagaimanapun, (dalam perbincangan ini) kita akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik, supaya pihak Bersatu, PAS dan Gerakan berpuas hati dalam soal pembahagian kerusi nanti,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong itu.

Ketika ditanya sama ada Umno ada terlibat atau mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi, beliau menyatakan setakat ini tiada perbincangan mengenai soal itu.

Advertisement

Pada PRU lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP (14), Amanah (sembilan), Bersatu (lapan) dan PKR 5 manakala Barisan Nasional memenangi 19 kerusi dengan Umno 17 kerusi dan MIC dua kerusi manakala PAS satu kerusi.

Bagaimanapun, di bawah Perikatan Nasional (PN), BN mempunyai 16 kerusi, Bersatu 12 kerusi manakala PAS satu kerusi.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top