BM | EN | 中文

Perhilitan pantau pergerakan gajah liar berhampiran kilang sawit

tangkap-layar-gajah-01-scaled.jpg

Tangkapan layar tular pergerakan gajah liar disyaki berdekatan dengan Kilang Sawit Kim Loong Batu 7.

Advertisement

KOTA TINGGI, 5 FEB : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor sentiasa menjalankan pemantauan ke atas pergerakan gajah-gajah di Jalan Kota Tinggi-Mersing seperti mana yang tular di Facebook.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, berdasarkan lokasi gambar yang tular tersebut adalah disyaki berdekatan dengan Kilang Sawit Kim Loong Batu 7.

Katanya, kawasan berkenaan kebanyakkannya merupakan kawasan berair atau berpaya berdekatan dengan Sungai Mupur.

Advertisement

“Kawasan tersebut adalah kawasan bersempadanan dengan Hutan Simpan Panti yang merupakan habitat utama Kumpulan Gajah Panti dengan anggaran populasi sebanyak 30 hingga 40 ekor.

“Kebiasaanya gajah-gajah tersebut akan menjadikan kawasan hutan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut sebagai lokasi untuk berehat pada siang hari sementara menunggu hari malam untuk keluar mencari makan dengan di kawasan sekitar atau menyeberangi jalan raya utama ke arah kawasan pertanian yang terletak bersebelahan.

“Ladang-ladang dan kawasan pertanian yang dijangka akan menerima impak daripada ini adalah Ladang Kim Loong, Ladang FIMA, Ladang Tradewind Jaya dan sebagainya,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, kawasan lain yang dijangka turut terkesan adalah kawasan penempatan Bandar Sri Perani yang terletak berhampiran kira-kira 5 kilometer.

Oleh demikian katanya, pihak Jabatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas pergerakan gajah-gajah tersebut.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top