BM | EN | 中文

Perhilitan mohon pasang lebih banyak lampu di kawasan hotspot tapir berkeliaran

Salman-Saaban-01-scaled.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 19 JAN : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memasang lebih banyak lampu jalan terutama di kawasan hotspot tapir berkeliaran di daerah ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Salman Saaban berkata, perbincangan itu susulan berlakunya peningkatan kes kematian tapir khususnya di laluan KotaTinggi-Mersing.

“Kawasan hotspot yang dikenal pasti ialah bermula dari Batu 4 hingga Batu 20 Jalan Kota Tinggi-Mersing sejauh lebih 4 kilometer.

Advertisement

“Jadi di pihak perhilitan kita dalam usaha untuk memohon kepada kerajaan negeri agar lampu jalan dapat dipasang disepanjang 4 kilometer laluan tersebut berikutan kekerapan kemalangan berlaku melibatkan mamalia itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengiringi Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sempena lawatan ke daerah Kota Tinggi, hari ini.

Tambahnya, selain untuk keselamatan haiwan tersebut, pencahayaan melalui pemasangan lampu itu juga boleh mengelakkan kemalangan jalan raya.

Advertisement

Terdahulu, mengikut rekod terbaharu, tiga kematian tapir dicatatkan sepanjang tempoh sebulan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top