BM | EN | 中文

Perhilitan Johor tahan lelaki Vietnam, disyaki simpan dan jual bahagian hidupan liar

Salman-Saaban-Perhilitan-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 NOV: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki warga Vietnam kerana disyaki menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar di sebuah premis di kawasan perindustrian di Jalan Benut, Simpang Renggam, dekat Kluang, semalam.

Pengarahnya Salman Saaban berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan pada pukul 3.45 petang oleh empat anggota penguat kuasa yang bertindak atas maklumat awam.

Bernama melaporkan Salam sebagai berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan satu bahagian daging disyaki babi hutan di dalam sebuah peti sejuk beku, dua duri landak, tiga taring babi hutan, empat kulit ular sawa batik, lima kulit biawak serta enam tulang babi hutan.

Advertisement

“Semasa soal siasat, lelaki itu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk dia menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan. Daging itu disyaki disimpan untuk kegunaan sendiri dan dijual,” katanya dan menambah lelaki berkenaan merupakan pekerja di sebuah kedai buah-buahan di kawasan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top