BM | EN | 中文

Perhilitan Johor selamatkan tapir jantan sesat di Jementah

tapir-jementah.jpg

Gambar Ehsan helloworld

Advertisement

SEGAMAT, 8 APR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan dewasa yang tersesat dan berkeliaran di sebuah kilang di Jementah, dekat Segamat, petang kelmarin.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata pihaknya menerima aduan mengenai mamalia berkenaan pada pukul 3.45 petang sebelum sepasukan kakitangan Perhilitan dan Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah Zon Selatan bergegas ke lokasi yang terletak berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit, berhampiran Hutan Simpan Jementah dan kira-kira 15 kilometer dari bandar Segamat.

“Operasi tangkapan tapir dijalankan bermula pada pukul 5.15 petang pada hari yang sama. Selepas itu, tapir jantan itu dilepaskan ke Taman Negara Endau Rompin dan operasinya selesai sekitar pukul 3.30 awal pagi melibatkan kekuatan seramai 12 anggota,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan Salman sebagai berkata dengan operasi menyelamat tapir itu, risiko haiwan berkenaan menjadi mangsa kemalangan jalan raya serta pemburu haram dapat dikurangkan.

“Dalam masa yang sama, Perhilitan akan terus menjalankan usaha-usaha menyelamat hidupan liar di negara ini selaku barisan hadapan dalam pemuliharaan hidupan liar,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top