BM | EN | 中文

Pergiatkan lagi usaha cegah rasuah

lim-lip-eng.jpg

Gambar Ehsan thetruenet.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Usaha-usaha mencegah dan menangani kes rasuah perlu digiatkan lagi, kata ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Mengikut data tahun 2020 yang diberikan oleh Transparency International, beliau berkata, Malaysia terletak di tangga yang ke-51 daripada 180 buah negara.

Menurutnya, kedudukan yang agak corot itu menyatakan bahawa budaya rasuah sudah berakar umbi dalam masyarakat.

Advertisement

Jelasnya, ia sudah menembusi segenap lapisan masyarakat dari setiap aras jawatan, dari Menteri hingga ke pegawai.

“Oleh yang demikian, saya menyeru orang ramai untuk sama-sama menggembleng tenaga dan memberikan kerjasama dalam memerangi budaya rasuah.

“Sekiranya kita menyaksikan atau dilibatkan dengan jenayah rasuah oleh pegawai kerajaan tempatan, jangan takut untuk melaporkan.

Advertisement

“Jenayah keji ini wajib untuk dilaporkan kerana mereka ini dibayar untuk menjaga kemaslahatan awam dan bukan untuk memilih bulu mereka sendiri,” katanya, lapor Roketkini.

Dalam pada itu, Lip Eng turut memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan Datuk Bandar Johor Bahru di atas siasatan kes menerima rasuah.

Beliau menjelaskan, penahanan individu terbabit jelas menunjukkan budaya rasuah tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat Malaysia dan setiap individu yang terlibat dengan budaya tersebut pasti akan menerima balasan yang setimpal.

Advertisement

“Saya percaya pihak SPRM tekun menjalankan kerja-kerja pencegahan rasuah di negara kita,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top